Famili Adlyna

Famili Adlyna

Saturday, October 26, 2013

Resepi makanan Bayi Carrot (Lobak Merah) 6 bulan

Assalamualaikum, Entri sebelum ni Ummi dah bercerita tentang panduan untuk makanan bayi mengikut peringkat umur.. Jadi, entri kali ini Ummi nak kongsikan dengan mama -mama semua resepi untuk si comel berumur 6 bulan. Ye... 6 bulan sahaja, yang 7 bulan dan keatas, ummi buat next entri ye.

Kita mulakan dengan Lobak Merah (Carrot)

Info Nutrisi :
Masa kita kecik-kecik mesti mak kita dulu suruh makan carrot kan? sebab apa? sebab carrot ni terkenal untuk kita yang nak elakkan mata rabun.. Untuk pengetahun mama -mama, carrot ialah "the best" sayuran yang mempunyai sumber "beta-carotene" dimana badan manusia akan menukarkan sumber tersebut kepada Vitamin A.
Akibat daripada kekurangan Vitamin A ini, akan menyebabkan kurangnya penglihatan...Betul tak kata mak kita dulu? :p
Carrot juga mengandungi anti oxidants, mineral dan fiber yang mampu menghalang penyakit seperti sakit jantung dan kanser..

Macamana nak buat puree carrot?

  • 1 biji carrot (dipotong 4 bahagian)
  • Rebus carrot selama 5-8minit (jangan terlalu lama nanti hilang kesemua khasiat dalam tu)
  • Puree kan carrot dengan menggunakan blender/food processer (campur sedikit susu ibu/susu formula untuk tekstur yang lebih lembut)
Boleh tak gabungkan buah carrot dengan buah lain?
Mestilah boleh.. Jangan lupa mama-mama semua boleh jadi kreatif di dapur! Cuba gabungkan Carrot bersama:

  • Buah Epal
  • Bual Pear
  • Buah Ubi Kayu Manis
Ataupun ...jom try resepi Kombo Buah-buahan ni. Pasti si comel anda suka!

Kombo Fruity Carrot  (6 Bulan+)

  • 1 cawan carrot di buang kulit dan dipotong dadu
  • 1/4 cawan buah apricot dipotong halus
  • Air

Senang sahaja, cuma didhkan kedua-dua bahan di atas dengan air yang mencukupi sehingga lembut. Kemudian, blend atau lennyekkan sehingga hancur. Siap!

Mudah je kan? Good luck momies...JOM TRY. Moga perkogsian ini mendapat manfaat untuk mommies dan si comel anda!






No comments:

Post a Comment