Famili Adlyna

Famili Adlyna

Tuesday, April 10, 2012

Mum's Potato& Ancovies Crispy Sambal (family's fav)

Bahan A : Potato and Anchovies
Bahan-bahan :
3 biji potato (dibuang kulit dan dihirs nipis2)
Anchovies goreng dgn minyak yg panas2..utk kerangupan

Cara-cara :
Potato yang dah dihiris rendam dalam air sekejap dalam 10 min,
Kemudian tapis dan ceraikan kepingan2 potato itu.
Goreng satu per satu dengan minyak yang panas2.
Angkat apabila kekuningan.
Goreng pula ikan bilis dengan minyak panas2.

Bahan B : The Sambal
Bahan-Bahan :
Bawang merah 3 ulas (tumbuk)
Cili kering di blender (5 sudu)*bergantung pada jumlah kentang (jgn terlebih nanti kentang x crispy)
garam (1 sudu kecik)
gula (2 1/2 sudu kecik)
Cara-cara :
Masuk bawang, masuk cili dan goreng hingga cili masak.
Masuk garam & gula.
Tutup api dan tunggu sambal sejuk baru gaul dengan kentang & anchovies.


Chicken Curry

Bahan-Bahan :

4 Bradik (bunga lawang, jintan, bunga cengkih, buah pelaga)
Bawang Merah 4 ulas ..................>
Bawang putih 2 ulas.....................>blender dengan air sikit
Halia 2 inci....................................>
Rempah kari (bergantung pada jumlah ayam)
Kerisik 100gm
Daun kari
Ayam
Minyak masak 1/2 cawan
1 biji tomato

Cara-cara:
1) Masuk 4 bradik dalam minyak panas.
2) Masuk bahan2 yang di blender & daun kari
3) Tunggu 15 min (kacau2)
4) Masuk rempah kari
5) Masukkan ayam
6)Masuk air secukupnya
7) Masuk kerisik
8) Tunggu ayam betul2 masak, masuk tomato
9) Masuk garam 1 1/2 sudu kecil
10) tutup api

Gerenti sedap dan menggiurkan cubalah!!



Monday, April 9, 2012

Cucur ikan bilis Bonda

Bahan-bahan :

Tepung gandum (cap sauh) ~ 10 sudu makan. ikut brp byk diperlukan
Ikan bilis secukupnya
Lobak merah di sagat halus
*boleh tambah udang /daun bawang jika mahu lebih sedap.
Bawang merah 2 ulas
Bawang putih 3 ulas
Sedikit garam
Air sejuk(untuk kerangupan)

Cara-cara :

1) Blenderkan ikan bilis, bawang merah,bawang putih
2) Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam tepung. Jika belum cukup cair, tambahkan lagi air.
3)Masukkan lobak merah dan garam
4)Goreng hingga bahagian tepi cucur menjadi rangup.

Tuesday, April 3, 2012

Ayam Masak Merah MAMA

Utk 4-5 Org makan

Bahan-bahan:

Bawang besar 2 biji dihiris nipis
6-8 sudu besar cili kering(di potong,direndam dgn air panas hingga lembut,kemudian blender)
Sos Tomato; ikut suka byk/tak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ayam; 5-6 ketul yang sudah digoreng bersama sedikit kunyit dan garam

Caranya:

1)Panaskan minyak
2)Masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau
3)Masukkan cili dan masak hingga cili masak(~10min)
4) Masukkan garam dan gula; kacau hingga sebati
5)Masukkan sos tomato
6) Tutup api.
7) Gaulkan bersama ayam goreng tadi.

Tadaaaa!! siap sudah. mesti cuba ni sedap tau.

Monday, April 2, 2012

Makaroni goreng Mantopp!

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang )

  • 250 g makaroni, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn 1 camca teh minyak zaitun/jagung/minyak masak
  • 1/2 biji capsicum hijau, didadu
  • 1/2 biji capsicum merah, didadu
  • 1/2 biji capsicum kuning, didadu
  • 2 batang sosej lada hitam ayam mas, didadu
  • 1/3 cawan isi udang
  • 6-7 kuntum cendawan butang, dihiris
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar sos tiram
  • Kicap cair secukupnya
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
  • 7-8 tangkai cili kering, potong, rendam dalam air panas 5 minit dan toskan
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 camca besar udang kering

Cara-cara

  1. Tumis bahan2 kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan isi udang dan juga sosej, kacau rata. Masukkan sos tomato dan sos tiram, tuang sedikit air (1/2 cawan) dan biar mendidih pada api perlahan.
  2. Masukkan cendawan dan semua bahan didadu. Kacau rata dan masukkan makaroni tadi. Perlahan kan api, gaul makaroni hingga bergaul mesra dgn bahan2 lain. Perasakan dgn kicap cair, gaul rata. Angkat dan hidangkan bersama taburan daun sup/bawang, bawang goreng dan belahan limau kasturi.
Selamat mencuba!!

Tuesday, March 27, 2012

Ayam goreng ala KFC

Resepi Ayam Goreng Rangup

Bahan-bahan :

Sedikit Gula
Sedikit Garam
Sos tiram
Black pepper serbuk
Tepung kentucky
Ayam

Cara-Cara :

1)Perap ayam bersama bahan2 di atas sebrapa lama mungkin sebelum digoreng.
2)Jika hendak menggoreng, salut kan dahulu bersama tepung kentucky.
3)Sedia untuk di goreng!.

Masak2

Resepi Ayam Kurma Kegemaran Abang
Bahan:

4 Sekawan(Bunga lawang,bunga cengkih,kayu manis, buah pala)
2 Biji penuh bawang merah
3Biji 1/2 bwg putih
1 1/2 halia
Ayam
Serbuk daging kurma
1/4 biji Carrot (blender bersama buah gajus)
Buah gajus(dicuci dan direndam sebentar)
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih(lebihkan)

Cara-cara:
1)Masukkan 4 sekawan
2)Masukkan bahan yg telah di blender, bwg merah,bwg putih dan halia bersama sedikit air.
3)Setelah naik bau, masukkan serbuk kurmaikut sukatan ayam.
4)Masukkan pula ayam dan biarkan ayam separuh masak
5) Masukkan air
6)Kemudian masukkan campuran blender dan buah gajus tadi.
7) Masukkan garam secukup rasa.
8)Gaul hingga sebati dan tunggu hingga ayam masak.
9) Siap.



Resepi Daging Masak Asam Cara Melaka

Bahan-bahan
Bawang merah kecik 3 biji
Bawang putih 1/2 biji
serai 2 biji(kecik)
cili kering blender 6 sudu
Air asam jawa(sebrapa byk kuah yg dikehendaki)
Daging 400gm(dihiris nipis)

Cara-cara :

1)Blender bwng merah,bwg putih & cili.
2)Panaskan api bersama minyak secukupnya
3)Tumis kan serai dahulu sehingga naik bau
4) Tumis pula campuran bwng & cili yg telah diblender tadi
5)Tumis hingga cili masak.
6)Setelah cili masak, masukkan hirisan daging
7) Tunggu hingga daging separuh masak
8)Masukkan air asam jawa hingga kuah mencukupi
9)Biarkan hingga mendidih
10) Masukkan garam secukup rasa.
11) Biarkan mereneh hingga daging masak.


Slamat mencuba ;) Enjoy!!